TAYANGAN PERDANA FILEM LEE CHONG WEI: MENJULANG KEJUARAAN DI STADIUM NASIONAL TAYANGAN PERDANA FILEM LEE CHONG WEI: MENJULANG KEJUARAAN DI STADIUM NASIONAL 09/03/2018
Kuala Lumpur , 09 Mac 2018 – Stadium Nasional di banjiri oleh seramai 20,000 orang penonton bagi menyaksikan tayangan perdana filem Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaran. Tayangan yang menggunakan skrin berukuran 40m x 17 merupakan yang julung kali diadakan di Stadium Nasional dan turut mencipta sejarah apabila turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records dan Asia Of Records.



Tayangan perdana ini menyaksikan perjalanan hidup seorang wira Negara dalam Sukan Badminton Malaysia. Datuk Lee Chong Wei bersama isteri dan dua anak beliau turut membuat kemunculan pada acara permaidani merah sebelum tayangan filem bermula.
Filem Lee Chong Wei ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Negara mulai 15 Mac 2018

100 PLUS TANDATANGANI TAJAAN 5 TAHUN BERSAMA KL SPORTS CITY 100 PLUS TANDATANGANI TAJAAN 5 TAHUN BERSAMA KL SPORTS CITY 12/12/2017


Kuala Lumpur, 12 Disember 2017 –
Majlis menandatangani Perjanjian Usahasama di antara F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berlangsung di perkarangan Stadium Nasional KL Sports City. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia. YB Brig Jeneral Khairy Jamaluddin serta turut dihadiri oleh pegawai PSM, Ybhg Dato’ Hj Mohd Sahfri Ab. Azis serta lain-lain jemputan bagi memeriahkan majlis.
Perjanjian Usahasama selama 5 tahun ini memberikan hak ekslusif kepada 100 Plus untuk promosi produk minumannya di KLSC termasuklah semua cawangan seperti Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Setiawangsa. Penyediaan kiosk –kiosk adalah milik 100 Plus.
Pada majlis tersebut juga, trek larian dan berbasikal sepanjang 1400 meter di sekeliling Stadium Nasional telah di cat dengan warna rasmi 100 Plus.
PROGRAM RENANG BABY & ME MERIAHKAN PUSAT AKUATIK NASIONAL KL SPORTS CITY PROGRAM RENANG BABY & ME MERIAHKAN PUSAT AKUATIK NASIONAL KL SPORTS CITY 11/03/2018
Kuala Lumpur, 11 Mac 2018 – Pusat Akuatik Geelong Australia menganjurkan satu program pengenalan aktiviti renang yang diberi nama Baby & Me di Pusat Akuatik Nasional KL Sports City.



Program telah melibatkan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 tahun ke bawah yang di awasi oleh ibu-bapa di dalam kolam renang tersebut sewaktu acara dijalankan dan dibantu oleh jurulatih yang berpengalaman dari Australia. Pelatih-pelatih ini mempunyai kepakaran dalam melatih kanak-kanak yang masih kecil. Selain itu, kolam renang tersebut amat bersesuaian untuk kanak-kanak yang masih kecil dengan kemudahan moving floor di mana kedalaman kolam tersebut dapat diselaraskan mengikut keperluan program.

" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "