BUBUR LAMBUK #STADIUMKITA DI KL SPORTS CITY SEMPENA BULAN RAMADAN 2018


Kuala Lumpur, 30 Mei 2018 – Program memasak Bubur Lambuk Stadium #stadiumkita Perbadanan Stadium Malaysia melalui kerjasama bersama Merci Chef Malaysia, atlet dan bekas atlet negara telah diadakan di perkarangan Surau Al-Hidayah, KL  Sports City. Program yang berkonsep Corporate Social Responsibility (CSR) ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk datang ke KL Sports City dan juga merapatkan hubungan antara warga PSM dengan atlet , bekas atlet, pengamal media dan komuniti selain merasai sendiri pengalaman menyediakan bubur lambuk yang merupakan juadah yang begitu sinonim pada setiap kali kehadiran bulan Ramadan.

Antara bekas atlet yang hadir untuk sama-sama memeriahkan program memasak bubur lambuk ialah Datuk Malek Noor, Datuk Mirnawan Nawawi, Dato Noorul Ariffin, Datuk Khairudin Buyang, Rosman Alwi, Khalid Ali, Nuraida Ariffin, Afrita Ariani dan Norseela Khalid. Agihan bubur lambuk kepada orang ramai dimulakan pada jam 3.00 petang di sekitar Dataran LRT Bukit Jalil. Sesi agihan ini turut dimeriahkan dengan penglibatan seramai 11 orang atlet dari Majlis Sukan Negara, Zulhelmi Zarid, Muhamad Halmi, Muhamad Shafiq, Muhamad Solihin , Muhamad Nazreen, Muhamad Syazwan, Wan Muhamad Syafiq, Wafiq, Mohamad Zin serta Nur Afissa dan Nuramalia Haneesha.

Diharapkan program yang julung kali diadakan ini akan dapat mendekatkan KL Sports City dengan pihak luar di samping mengeratkan hubungan silraturrahim dengan semua pihak yang berkerjasama.

 

" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "