SUBWAY KINI DIBUKA DI AXIATA ARENA


Kuala Lumpur, 06 April 2018 – Subway yang merupakan sebuah rangkaian makanan segera popular berkonsepkan sandwich kini dibuka di Axiata Arena, KL Sports City. Majlis pembukaan pada hari ini telah menyaksikan pembukaan Subway pertama di Asia yang beroperasi di dalam stadium. Pihak restoran juga telah memberikan sandwich Subway secara percuma kepada pelanggan yang hadir pada hari ini.

Rangkaian francais Subway di Axiata Arena beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Kini, orang ramai yang berkunjung di sekitar KL Sports City boleh menikmati pelbagai menu sandwich yang ditawarkan.
 

" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "