KEJOHANAN BADMINTON PERODUA MALAYSIA MASTERS 2018 DI AXIATA ARENA



Kuala Lumpur, 21 Januari –
 Kejohanan Badminton Perodua Malaysia telah melabuhkan tirai pada 21 Januari 2018. Kejohanan ini berlangsung lebih kurang satu minggu bermula dari 16 Januari sehingga 21 Januari di Axiata Arena, KL Sports City.
Daihatsu Motor Berhad merupakan penaja utama untuk kejohanan ini. Persaingan sengit di antara negara yang bertanding telah memberi debaran kepada penonton yang hadir dalam memberi sokongan kepada pasukan yang diminati
Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan di antara pasukan beregu Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan pasukan beregu dari Indonesia, Fajar Alfan dan Muhammad Ardianto. Walaubagaimanapun, Malaysia terpaksa akur dengan kemenangan yang berpihak kepada negara Indonesia.


" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "