MAJLIS PENANAMAN ANAK POKOK SEMPENA PROGRAM “SATU PINGAT, SATU POKOK” KUALA LUMPUR 2017


Kuala Lumpur, 8 November 2017 – Sebagai tanda sokongan kepada kemenangan altit negara, Program Satu Pingat, Satu  Pokok telah diadakan sebagai simbolik kemenangan pingat emas KL2017.
Penanaman anak pokok telah berlangsung di lokasi utama iaitu di kawasan Plaza KL Sports City (KLSC). Majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jeneral Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Landskap Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Pengarah Urusan SCGM Berhad, Dato’ Seri Lee Hock Guan; Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat), Tenaga Nasional Berhad, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amindan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, Dato’ Seri Zolkples Embong.
Selain daripada menanam pokok untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan, bilangan pokok yang akan ditanam juga adalah mengikut bilangan pingat emas, perak dan gangsa yang telah ditawarkan pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang lepas.

" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "