SIDANG MEDIA PERLAWANAN LIGA SERIE A TIM ITALI UNTUK PEMINAT DI MALAYSIA


 
Kuala Lumpur, 14 November 2017 – Sportsfix, peneraju dalam platform penstriman Over The Top (OTT) mudah alih di rantau ASEAN telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat media antarabangsa MP & Silva bagi menyiarkan perlawanan Liga Serie A Tim Itali untuk musim 2017 dan 2018.
Sidang media yang diadakan di Suite Korporat, Stadium Nasional, KL Sports City ini bertujuan untuk memperkenalkan Sportsfix di Malaysia selain dari mempromosikan penyiaran Perlawanan Liga Serie A Tim Itali untuk peminat di Malaysia. Peminat liga ini dapat menyaksikan tiga perlawanan secara langsung setiap minggu melalui platform Sportsfix bermula November 2017.
Sportsfix juga turut memaklumkan bahawa telah mula menyiarkan perlawanan persahabatan pra musim untuk pasukan dari Serie A Tim Liga Perdana Inggeris, Bundesliga dan La Liga Santander pada Ogos lalu.

" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "