KEJOHANAN BOLASEPAK ANTARABANGSA BOOST SPORTSFIX SUPER CUP 2018 DI STADIUM NASIONAL

Kuala Lumpur, 13 Januari 2018 – Stadium Nasional dipilih menjadi venue bagi Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa, Super Cup 2018. Kejohanan itu merupakan yang pertama diadakan di Stadium Nasional pada tahun ini selepas projek naik taraf pembangunan KL Sports City Fasa 1 siap.
Kejohanan ini menyaksikan perlawanan secara round robin yang melibatkan tiga pasukan iaitu Persija Jakarta, Ratchaburi MITR Phol FC Thailand dan Kelantan yang telah diberi mandat untuk mewakili Malaysia.
Keputusan perlawanan pertama semalam telah menyaksikan perlawanan antara Persija Jakarta 3 dan 1 Ratchaburi MITR Phol FC Thailand. Perlawanan akan diteruskan lagi pada 16 Januari 2017 yang menyaksikan Kelantan FA menentang Persija, Jakarta dan seterusnya pada 20 Januari 2018 Kelantan FA menentang Ratchaburi MITR Phol FC.


" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "