PROGRAM RENANG BABY & ME MERIAHKAN PUSAT AKUATIK NASIONAL KL SPORTS CITY

Kuala Lumpur, 11 Mac 2018 – Pusat Akuatik Geelong Australia menganjurkan satu program pengenalan aktiviti renang yang diberi nama Baby & Me di Pusat Akuatik Nasional KL Sports City.



Program telah melibatkan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 tahun ke bawah yang di awasi oleh ibu-bapa di dalam kolam renang tersebut sewaktu acara dijalankan dan dibantu oleh jurulatih yang berpengalaman dari Australia. Pelatih-pelatih ini mempunyai kepakaran dalam melatih kanak-kanak yang masih kecil. Selain itu, kolam renang tersebut amat bersesuaian untuk kanak-kanak yang masih kecil dengan kemudahan moving floor di mana kedalaman kolam tersebut dapat diselaraskan mengikut keperluan program.


" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "