NATCHATHIRA VIZHA 2018

Kuala Lumpur, 6 Januari 2018 -  Dua bintang terkenal dari India Rajinikanth dan Kamal Hassan telah tiba di Malaysia sempena Konsert Natchathira Vizha 2018 yang berlangsung di Stadium Nasional. Selain itu, beberapa orang artis lain turut menampilkan persembahan hebat seperti Urya, Vishal, Karthi, Sivakarthikeyan, Vijay Sethupathi, Aarya, Jeeva, Nayanthara, Tamanna dan Hansika
 


Natchathira Vizha 2018 telah membawa kelainan dengan menggabungkan persembahan nyanyian, tarian, perlawanan kriket dan bola sepak di antara artis dari Selatan India dengan artis tempatan. Acara ini telah bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.
Ramai peminat yang datang ke Stadium Nasional tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan aktor dan aktres kegemaran mereka. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang hari tersebut, orang ramai tetap berpuas hati kerana penyediaan fasiliti yang lengkap di dalam Stadium Nasional serta terdapat jualan food truck di dalam Stadium untuk memudahkan pengunjung mendapatkan makanan dan  minuman.

  

" YOUR PREFERRED SPORTS & ENTERTAINMENT HUB IN MALAYSIA "